Kringgg Kringgg...Bunyi telefon bimbit yang mematikan lamunan aku.Aku pantas melipat tikar sejadah yang aku gunakan lalu terus menjawab panggilan telefon yang aku tidak pasti dari siapa kerana pemanggil itu menguna private number.
"Hello.." sapa aku.
"Abang nak jumpa kau" pemanggil itu terus menyatakan tujuan sebenar dia menghubungi aku.Dia tidak memperkenalkan dirinya tetapi aku amat mengenali siapa pemilik suara itu.Mohd Azam,adik kepada abang Wan.
"kenapa?ade hal penting ker?"soal aku.
"kalau ade hal penting je ke abang boleh jumpe kau?"soal abang ajam semula.
Aku hanya diam mendengar soalan abang ajam itu.Kenapalah lidah ni keluarkan soalan bodoh tu pulak,tengok tak pasal-pasal kena sindir free-free dengan mamat tu.
"Alamak! Sorry-sorry.Adik tanya je tadi.Abang nak jumpa bila?Dekat mana?" dengan mengelabah aku menyoal abang Ajam semula kerana takut mamat tu akan merajuk dengan kata-kata aku tadi.
Abang Ajam dan Abang Wan merupakan abang angkat aku sejak aku di tingkatan satu lagi.Perkenalan kami bermula dari Laman Web Sosial,Myspace.Pada awalnya,aku hanya mengenali Abang Ajam sebagai shuffler. Sejak hari pertama aku bertemu dengan abang Ajam,dia telah memperkenalkan aku dengan Abang Wan iaitu abang kandungnya.Sikap dua-dua abang angkat aku ini sangat berbeza.Dari segi percakapan abang Ajam lebih bijak berkata-kata berbanding abang Wan,senang cerita abang Ajam punya mulut becok sikitlah.Abang Wan pula dia seorang anak yang menjadi harapan keluarga,dia selalu mengutamakan keluarga dari dirinya sendiri.Tetapi persamaan antara mereka berdua ialah kedua-duanya seorang yang happy go lucky dan mudah untuk membuat insan-insan disekeliling mereka ketawa.
Tepat jam 8.25 malam aku sampai ditempat yang dijanjikan.Dari jauh aku dapat melihat kelibat Abang Ajam yang sedang mengelamun jauh.
"Abang.." suara aku mendatar menegur abang Ajam sambil menepuk bahu kirinya.
"Kau datang naik ape?"soal abang Ajam sebaik sahaja aku duduk mengadap dia.
"Naik moto,malaslah nak bawa kereta kang jem pulak kang"
"ermmm" hanya itu yang abang Ajam jawab.
Setelah pelayan yang mengambil pesanan beredar,aku merenung wajah abang Ajam.
"kenapa muka dia pucat?" soal aku dalam hati.Aku renung wajah Abang Ajam sedalam yang mungkin.
"mata dia bengkak lah!" hati aku berbisik lagi.Aku mula hairan melihat abang Ajam yang hanya diam dari tadi.Dia mahu berjumpa dengan aku tapi sepatah kata pun dia tak cakap lagi kecuali bertanya cara kedatangan aku ke situ.Hanya yang aku dengar dari tadi adalah lagu 'Masih Jelas' nyanyian Hafiz yang berkumandang di radio yang dipasang oleh pemilik kedai itu.
"Abang Ajamm!!!!" pekik aku sambil menghentak meja.Haaa ambik kauu!!
"Kau ni dah kenapa?"tengking abang Ajam.
"Abang tu dah kenapa?nak jumpa adik tapi diam je dari tadi.Baik tak payah jumpa kalau macam ni" marah aku kepada abang Ajam ketika itu.
"Dia yang buat kita macam tunggul dekat sini,dia pulak nak tengking kita!" bisik aku dalam hati.Geram dengan sikap abang Ajam yang tiba-tiba melenting tu.
"Abang mintak maaflah dik.Otak abang ni berserabutlah."akhirnya abang Ajam bersuara setelah masing-masing diam beberapa minit.
"Abang ni kenapa?muka dahlah pucat,mata bengkak! abang okey ke tidak ni??" aku mula berlembut dan terus duduk di sebelah abang Ajam.Mungkin saat ini abang Ajam memerlukan seseorang untuk meluahkan segala apa yang dipendamnya.
"abang.." sapa aku sambil tangan aku mengganggam tapak tangan abang Ajam apabila soalan yang aku beri dibiarkan begitu sahaja..
"Abang rindu Abang Wan.." akhirnya abang Ajam jujur dengan aku.Sememangnya sejak mendapat panggilan telefon dari dia,aku dapat meneka yang dia sedang merindui abang Wan seperti mana aku merindui insan itu.
"Abang sabarlah.Kita semua rindu dia kot.Adik pun rindu dia" aku cuba menyusun kata untuk menaikkan semangat abang Ajam semula.
"kat rumah tu abang macam ternampak-nampak abang Wan.Dia basuh pinggan,dia ambik baju kotor dekat bilik abang,dia tengok tv.Kadang-kadang tu abang macam terdengar suara dia nyanyi-nyanyi dekat bilik dia." dihujung kata-kata abang Ajam terdapat sedikit getaran ketika dia mengeluarkan kata-kata itu,matanya pula sudah mula berlinang.
"abang rindu sangat dekat dia dik,sekarang takde pun orang yang kejutkan abang pagi-pagi,buatkan abang air pagi-pagi.Dah takde dik..Abang sunyi sangat dekat rumah tu..sebab tu abang ajak kau keluar.abang tak tahu nak pergi mana.Kalau abang sorang-sorang abang akan ingat dia jee" luah abang Ajam
Aku tak tahu apa yang harus aku katakan ketika itu kerana aku pun sedang mengalami apa yang Abang Ajam rasakan.Mungkin penderitaan kehilangan abang wan lebih dirasakan oleh Abang Ajam berbanding aku yang hanya tujuh tahun mengenali Abang Wan.
"Cuba abang bayangkan apa yang mak ayah rasa bila tengok abang down macam ni..mesti dorang lagi sedihkan?Abang sanggup ke tengok dorang semua sedih?" soalan aku yang membakar jiwa abang Ajam ketika itu.Aku sengaja melibatkan Pak Cik Zahari dan Mak Cik Mala dalam hal ini kerana sekurang-kurangnya abang Ajam dapat memikirkan perasaan mak dan ayah dia apabila dalam keadaan begitu.
Sejak Abang Wan meninggal dunia,abang Ajam yang menjadi harapan keluarga dalam segala urusan.Abang Ajam juga merupakan satu-satunya anak lelaki yang tinggal dalam keluarga itu.Tanggungjawab yang ditinggalkan buat abang Ajam sangat berat untuk dilaksanakan.Jadi bagi aku abang Ajam tidak seharusnya lemah begitu,sebenarnye pemergian Abang Wan adalah untuk mengajar dia supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari sendiri tanpa adanya seorang abang dalam hidup dia.
"abang kira untung tau sebab abang wan bagi tahu abang yang dia sakit.Tapi kami..."
"itu pun empat hari sebelum dia meninggal dik" abang Ajam pantas bersuara.
"ya..yaa adik tahu.tapi sekurang-kurangnya abang ada masa untuk menjaga abang wan.Tu mak ayah tuu dorang hanya dapat tahu time dia dah masuk ICU.yang adik ni lagi lah.beberapa jam sebelum dia meninggal baru adik dapat tahu.Abang..kalau nak diikutkanlah adik ni lagi sedih dengan pemergian abang Wan.Sebab benda ni semua memang mengejutkan adik.Sangat-sangat mengejutkan abang tahu tak!!"nada suara aku semakin tinggi di penghujung ayat itu.Air mata ini sedari tadi telah mula jatuh,tidak mampu untuk aku menahannya lagi.Aku biarkan abang Ajam melihat aku menangis.Walaupun awalnya aku tidak mahu dilihat lemah dimata abang Ajam,tetapi aku ini hanyalah seorang wanita biasa yang mudah untuk mengalirkan airmata.
"Andai kata Abang Wan tak sedar masa tu,mesti adik takkan dengar suara dia lagi.Tapi Allah tu Maha Adil abang....Adik tahu tentang kesakitan abang Wan last minute ,tapi adik masih berkesempatan untuk mendengar suara dia disaat-saat terakhir dia." tangan aku masih erat menggenggam tangan abang Ajam.Airmata ini semakin deras mengalir apabila difikiranku terimbas wajah Abang Wan sewaktu dia diajar mengucap kalimah syahadah.
Melihat aku yang sedang menangis,abang Ajam hanya diam membisu.Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh mengeluarkan kata-kata begitu pada dia.
Setelah sedar dengan kata-kataku,aku terus merenung wajah abang Ajam.Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang tersiksa menanggung rindu.
"Adik minta maaf abang,bukan niat adik nak buat abang berserabut lagi.Tapi...adik tak bolehlah nak kawal perasaan adik.sejujurnya adik pun rindu dekat dia."
Mata aku tepat memandang wajah abang Ajam ketika aku menyatakan rindu pada Allahyarham Mohd Izuan.Satu persatu aku tatap segala yang ada diwajahnya,ternyata bentuk muka abang Ajam saling tak tumpah seperti Abang Wan.Bujur!
"semakin lama dia hilang dimata kita,semakin rindukan...."kata abang Ajam berserta tawa dihujung ayatnya.Tangan abang Ajam yang menyentuh bahu kiriku membuatkan aku berasa sangat tenang disamping dia saat itu.
"Dahlah dik..betul kata kau,kalau abang macam ni saja mesti mak ayah tengok dorang lagi sedih,apa-apa pun thankz lah dik kau ingatkan abang pasal mak ayah tuu." tiba-tiba abang Ajam bersuara dengan penuh semangat! Yeahhh..Itu yang aku inginkan.

****
Setelah hampir 2 jam kami round satu KL,akhirnya abang Ajam hantar semula aku ke tempat kami mula berjumpa pada malam itu.
Sewaktu aku ingin menyimpan kasut didalam almari aku terpandang sepasang kasut yang diberikan oleh abang Wan kepada aku sewaktu ulang tahun kelahiranku yang ke-17.
"Kasut tuu" hati aku terdetik apabila terpandang kasut Supra berwarna biru tersusun elok didalam almari kasut.
Aku ambil kasut tu dan terus ku simpan didalam sebuah kotak yang baru.
"aku sayang kasut ni!!" bebel aku sendiri.
Sesudah membersihkan badan aku terus membiarkan diri dan perasaan aku dihanyut dengan kenangan silam bersama abang Wan.Satu demi satu kenangan bersama dia terimbas difikiran aku.Aku masih ingat lagi nasihat terakhir abangWan kepada aku iaitu sehari sebelum dia meninggal dunia.Ketika itu aku hanya dapat berbual bersama dia melalui telefon sahaja.
"takpe dik kau tak payah fikir pasal abang lagi,mulai sekarang kau kena ingat yang gaji kau harus diutamakan untuk mak dan ayah.Bukan untuk orang lain" itulah antara nasihat terakhir abang Wan untukku.
Aku hairan ketika itu apabila dia menyatakan bahawa aku tidak perlu memikirkan soal dirinya lagi.Apabila aku bertanya pada dia malam itu mengapa dia berkata begitu?dia seolah-olah mengelak untuk menjawab soalan aku.
Terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang 7 tahun aku mengenali dia.Aku ketawa,aku marah dan aku menangis dihadapan dia.Walaupun abang Ajam yang pertama menjadi abang aku,tetapi Abang Wan yang sering menjadi tempat untuk aku berkongsi rahsia.Hal ini kerana abang Ajam seorang abang yang sangat garang dan tegas dengan adik-adiknya.Jadi aku akan berasa takut setiap kali ingin berkongsi cerita apabila aku sedang berhadapan dengan masalah dengan rakan-rakanku.
Abang Wan menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 5.30 petang pada 20/1/11 dihadapan aku,abang Ajam,mak,ayah dan juga akak serta adik mereka berdua.
Ketentuan Allah,tiada siapa yang tahu.Pada 19/1/11 jam 8 malam aku berbual bersama dia,tetapi pada 20/1/11 jam 5.30 petang aku mengadap jenazah dia.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan saat itu.
"Dik abang Wan sakit.Sekarang dia ada dekat Hospital Ampang.Kau datanglah dik tengok dia" aku masih terdengar-dengar suara abang Ajam memberitahu abang Wan sedang sakit.
Aku bersyukur kepada tuhan kerana dia memberi peluang kepada aku untuk mendengar suara abang Wan buat kali terakhir.Biarpun kata-kata abang Wan yang terakhir tidak ditujukan buat aku seorang,tetapi suara dia ketika itu sangat-sangat bermakna buat kami yang terkejut mengetahui tentang kesakitan yang ditanggungnya selama ini.
"Iwan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,halalkan segala-galanya" itu kata-kata terakhir abang Wan sebelum di menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Aku hanya dapat berdiri dari jauh ketika abang Wan disahkan telah meninggal dunia.Aku sengaja memberi ruang buat keluarga kandungnya untuk menatap wajah dia buat kali terakhir.Jujur aku katakan aku berasa sangat lemah ketika itu.Orang yang sering memberi kata-kata nasihat untuk aku selama ini pergi mengadap ilahi,pergi dari pandangan kami.
"abang kau jangan main-main bang...bangunlah abang!!" jerit abang Ajam sambil mengoncang-goncang badan Abang Wan setelah abang Wan sah meninggal dunia.
Abang wan memang seorang abang dan juga kawan yang baik serta bertanggungjawab.Susah untuk aku coretkan bertapa baiknya insan yang bernama Mohd Izuan Bin Zahari ini.Pernah sekali tu mama dan ayah tiada di Malaysia,abang Ajam pula kerja outstation, sepanjang masa itu abang Wan yang menjaga aku.Walaupun kami tidak tinggal serumah tetapi abang Wan sering menghantar makanan kepada aku,mengambil aku dari sekolah dan mengingatkan aku membuat homework setiap kali tiba waktu petang.
Air mata aku deras mengalir ketika mengingati abang wan,dengan melodi lagu 'bila cinta' yang dipasangkan ketika itu membuatkan perasaan rindu aku kepada abang Wan semakin membuak-buak.Aku terlalu merindui dia.
"Abang..adik rindu abang sangat-sangat.Andai masa boleh berputar semula,ingin sekali adik menjaga abang ketika abang sakit.Kenapa abang tak pernah berkongsi kesakitan abang bersama kami?abang selalu dengar luahan hati kami,tapi rasanya jarang sekali untuk kami mendengar abang untuk bercerita masalah pada kamikann?abang memang seorang abang yang terbaik..abang sanggup membuat orang lain tersenyum sedangkan abang sedang menangis.adik sayang sangat pada abang" aku berkata sendiri sambil memegang erat gambar abang Wan.
Sedang aku menangis aku menerima SMS dari abang Ajam.
"Sory ganggu.Abang tahu kau tak tido lagi.Betul kata kau,abang kena kuat untuk keluarga.Kau tolong abang dik.Abang hanya ada kau untuk naikkan semangat abang"
"yee adik akan sentiasa ada disisi abang.kita sama-sama kehilangan dia abang.Adik yakin kita mampu harungi hari seterusnya tanpa dia.kitakann Terbaikkkk wokkk!!!" SMS aku yang penuh semangat membalas kata-kata abang ajam
Ya.Mulai malam itu aku dan abang Ajam ada membuat satu perjanjian.Perjanjian apa?Hanya aku dengan dia sahaja yang tahu.#Sorry. Bermula malam itu juga aku dan abang ajam telah mula belajar untuk menerima apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
"okeyy mulai sekang saya Siti Zuraidah berjanji kepada awak Encik Mohd Azam yang saya akan sentiasa ada disisi awak tidak kira apa sekalipun yang terjadi dan saya juga berjanji akan sentiasa berkongsi segala cerita tentang hidup saya bersama awak" itu yang aku katakan kepada abang Ajam pada malam itu.Dengan sekelip mata aku dan abang Ajam boleh berubah.