Saturday 5 January 2013

Harta Bukan Segalanya

    Aku merupakan anak tunggal Dato' Azman  dan Datin Hayati yang dilahirkan di Hospital Colombia,Seremban 2 pada tahun 1991.Papaku merupakan seorang pemegang saham terbesar di sebuah syarikat di Kuala Lumpur iaitu Syarikat Muafakat Holding,manakala mama pula merupakan seorang usahawan yang  berjaya.Mama mempunyai beberapa buah butik kecantikan yang sangat dikenali disekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan .Kehidupan aku tidak seperti teman sekolahku yang lain.Aku hidup dalam keluarga yang sangat kaya,katakan apa sahaja yang aku inginkan pasti permintaanku ditunaikan oleh mama dan papaku.Kesibukan mama dan papa yang berkerja di Kuala Lumpur membuatkan aku bebas bersosial tanpa ada sebarang halangan.Sejak aku dilahirkan,Mak Jah dan Pak Isa yang mendidik aku serta menjaga makan dan minumku.Aku hanya berkesempatan bersua muka dengan mama dan papa pada hujung minggu sahaja,itu pun jika mereka berdua tidak mempunyai apa-apa appointment diluar.Sikap mama dan papa adakalanya membuatkan hati aku sedikit terluka apabila mereka memberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga aku kepada Pak Isa,sehinggakan persekolahan aku juga didaftarkan oleh Pak Isa.Dahulu ketika aku masih disekolah rendah,aku sering berasa cemburu dengan kawan-kawan sekolahku kerana mereka semua hidup sempurna,lengkap dengan kasih sayang dari ibu bapa mereka.Meski pun hidup mereka tidak sekaya aku tetapi hidup mereka sangat bahagia.Segala susah senang mereka sekeluarga diharungi bersama.Aku memang kaya dengan wang ringgit tetapi aku miskin dengan kasih sayang dari mama dan papaku.Melihat sikap mama dan papa seolah-olah tidak memperdulikan aku,membuatkan aku menjadi anak yang sangat liar.Hampir setiap hari aku akan keluar hingga lewat malam untuk bersosial bersama teman-temanku walaupun aku sedar yang aku akan menduduki peperiksaan penting dalam hidupku tidak lama lagi.Nama Farish Danial sangat terkenal di SMK WAWASAN SEREMBAN 2 yang merupakan sekolah tempat aku menuntut ilmu sehingga ke tingkatan lima.Apabila terdengar suara yang menyebut nama 'Farish Dato Azman' pasti semua orang akan tersenyum lebar kerana mereka dapat mengagak kesilapan yang dilakukan oleh aku.Ponteng kelas,merokok ditandas,memukul pelajar dan mengganggu pelajar perempuan adalah kesalahan yang sering aku lakukan.Pejabat sekolah pula ibarat tempat kedua buat aku selain kelas 5 Amanah.Tetapi ketika dipejabat kebiasaannya aku akan ditegur oleh guru disiplin dengan cara yang lembut hanya kerana aku anak  Dato' Azman,papa merupakan penyumbang terbanyak di tabung Persatuan Ibu  Bapa dan Guru (PIBG) disekolah itu.Walau seberat mana sekali pun kesilapan yang aku lakukan aku pasti guru-guru disekolah itu tidak berani untuk merotan aku.

***
  Hari ini hari paling malang buat aku,disekolah aku telah ditampar oleh seorang guru disiplin yang baru.Aku di tampar gara-gara dia terhidu bau rokok ketika aku keluar dari tandas.Masih terngiang-ngiang lagi suara Cikgu Hisyam ketika dia memarahi aku dihadapan kelas tengahari tadi.

  "Kamu ni nak jadi apa Farish Danial?duit belanja mak bapak kamu bagi,kamu bakar macam tu je,kamu tak pikir ke susah payah mereka hantar kamu pagi-pagi ke sekolah..Bila dekat sekolah kamu bukan belajar! Tetapi hisap rokok!" aku hanya tersenyum dengan kata-kata pendatang baru sekolah tu.Ternyata cikgu Hisyam masih belum mengenali siapa aku dan juga keluargaku.

   "Driver saya yang hantar saya ke sekolah cikgu.." lagak nada suaraku menjawab dengan nada tawa dihujungnya,aku sengaja memberitahu begitu supaya cikgu Hisyam sedia maklum yang aku ini tidak sama seperti pelajar yang lain.

   "Tak kiralah siapa yang hantar kamu,tapi sayanglah sikit duit yang kamu ada tu." kata cikgu Hisyam dengan nada yang mendatar.

  "Suka hati saya lah duit mama papa saya.Saya tak minta pun duit cikgu kann untuk bayar semuanya?"soal aku.Aku mula panas apabila cikgu Hisyam mempersoalkan wang ringgit aku.Sejujurnya aku tak suka orang ambil tahu pasal diri aku.Bagi aku diri aku,pakaian,makan minum aku semuanya adalah atas kehendak aku,jadi tidak perlu orang lain mempertikaikannya.

Ternyata tanpa aku sedari kata-kata aku itu amat berbisa didengari oleh orang lain.Disebabkan itu juga cikgu Hisyam memberikan aku hadiah pertama.Aku murid yang pertama menerima hadiah istimewa dari cikgu Hisyam setelah seminggu dia berkhidmat di SMK WAWASAN.

Setelah dia menampar aku dia lantas berkata "terima kasih kerana minta hadiah dari saya,terimalah hadiah yang tidak seberapa tuu" sambil tersenyum hambar aku terus berlalu untuk keluar dari sekolah itu.Perasaan aku ketika itu sukar untuk aku coretkan,aku benci,marah dan juga malu.Hari ini hari pertama aku terserempak dengan cikgu tuu,hari ini jugak aku ditampar oleh dia!

   "Jahanam punya orang.Kau tak kenal lagi siapa aku...kau tunggu je masanya nanti" bebel aku sendiri ketika aku duduk di bus stop yang berdekatan dengan sekolah.

Apabila malam pula satu lagi drama berlaku dalam diri aku pada hari itu apabila Pak Isa pula mempersoalkan tentang diriku.

   "Pak Isa tengok sekarang ni Farish dah tak solat,kuar hingga lewat malam.Pekse dah dekat nak,lagi satu jangan buat mama papa malu dengan perangai Is ni." kata Pak Isa pada malam tu.

   "Pak Isa ni dah kenapa?dekat sekolah tadi cikgu sebok pasal Is,ni dekat rumah Pak Isa pulak sebok-sebok pasal Is kenapa?Pak Isa sedar sikit yang Pak Isa tu dibayar gaji dekat rumah ni.Is ulang sekali lagi Pak Isa,...Yang Pak Isa tu DIBAYAR GAJI di rumah ini!!!" tengking aku ketika itu,habis pecah pasu hiasan mama yang dibeli di Singapore kerana dibaling oleh aku ketika itu,memang aku tidak sedar kelakuan aku ketika itu.Aku seperti hilang akal sebentar apabila Pak Isa menambah sakit dihati aku ini.Nasib baik Pak Isa pantas mengelak dari terkena pasu itu,kalau tidak matilah aku dituduh membuat cubaan membunuh Pak Isa.

Ketika aku berjalan pantas menuju ke bilik,aku terdengar suara Pak Isa menjerit berkata sesuatu.
   "Kamu dah macam anak Pak Isa Farish.Jangan sampai sesat jauh nak,Pak Isa dan Mak Jah sayangkan kamu" mendengar dia menyatakan yang dia menyayangi aku,aku terus menghempas pintu bilikku sekuat yang mungkin.Sukar untuk aku terima yang orang gaji dirumahku bertindak seperti ibu bapaku pula.Bagi aku mereka tidak lebih dari seorang pekerja dirumah itu.Selesai sahaja mandi pada malam itu,aku turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur mengambil sebotol air minirel untuk menghilangkan dahaga.Ketika aku ingin melangkah naik ke bilik semula aku terdengar suara Mak Jah menangis dari biliknya.Aku cuba memahami tiap butir bicaranya,tetapi kurang jelas.Lalu aku pergi berdiri di hadapan pintu bilik mereka dan mendengar segala-gala yang mereka berdua bualkan.

   "Kita didik dia dengan agama,kita jaga dia dengan baik...Bila dah besar dia lupakan kita abang...." kata Mak Jah sambil menangis.Suara Pak Isa tidak pula aku dengari ketika itu.

   "kita dah buat macam-macam untuk dia abang.kenapa dia buat kita macam ni...Apa silap kita..." Mak Jah berkata lagi sambil menangis.Mendengar suara Mak Jah yang tersedu-sedu menangis itu membuatkan aku berasa simpati kepada mereka.Sememangnya tanpa mereka selama ini mungkin aku telah mati di tinggalkan oleh mama dan papa.Tetapi aku tidak boleh menerima sikap mereka yang melarang perbuatan aku,aku FARISH DANIAL anak Dato' Azman jadi semua yang aku inginkan harus ditunaikann.

***

Keesokkan harinya ketika dalam perjalanan ke sekolah Pak Isa hanya diam tanpa berkata-kata,sikapnya juga tidak seperti selalu yang bertanya tentang pelajaran aku dan sebagainya.Mungkin Pak Isa masih terasa dengan perbuatan aku pada malam itu. "Maafkan Farish Pak Isa..." kata aku dalam hati.Sukar untuk aku mengeluarkan kata-kata itu hanya kerana ego yang ada dalam diri ini sangat tinggi!

   "Tengahari ni Pak Isa dengan Mak Jah pergi ambik Dato' dan Datin dekat airport tauu.."kata Pak Isa sebelum aku keluar dari perut kereta Mercedes Benz E-Class yang berwarna hitam milik papa itu.

   "Habis Farish balik Pak Isa ambik juga ke apa?"soal aku ketika itu,aku baru teringat yang mama dan papa sudah seminggu tidak berada di Malaysia.Mereka berdua ke Jakarta,Indonesia atas urusan kerja yang tidak pernah selesai.

   "Kalau sempat Pak Isa ambik,kalau tak sempat nanti kamu balik sendiri boleh kann?" aku hanya menganggukkan kepala sahaja untuk menjawab soalan Pak Isa itu.

Masuk sahaja kawasan sekolah,Iqbal kawan baikku sudah datang menghampiriku untuk bertanya tentang kejadian semalam.

   "Apa cita semalam Is?"

   "Cita apa?" aku menyoalnya semula walaupun aku telah memahami maksud soalannya itu..

   "Cikgu Hisyam" jawab Iqbal ringkas.

   "Ohh macam yang korang tengok semalamlah" aku juga menjawab secara ringkas.Sengaja aku ingin membuat Iqbal tertanya-tanya.Iqbal adalah seorang kawan yang paling setia dengan aku.Aku mengenali dia sejak ditingkatan satu lagi.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar,disebabkan masalah keluarga dia menjadi rapat dengan aku,dia juga seperti aku yang kehausan kasih sayang ibu dan bapa.

   "serius lah Is.Papa kau cakap apa?"

   "Papa tak tahu punn..lagi pun papa aku tu mana nak ambik tahu pasal aku lagi.Dia fikir harta saja" omel aku sambil meletakkan beg disebelah Iqbal yang sudah awal-awal lagi duduk di mejanya.

   "lahhh...Aku ingatkan papa kau akan datang sekolah and saman cikgu Hisyam tuu" kata Iqbal dengan nada hampa.

   "Kalau papa aku saman dia aku rasa tak mampu kot dia nak bayar.hahahah"kata aku dengan riang sekali.

***
Selepas rehat seperti biasa aku akan menuju ke tandas sekolah untuk menghisap rokok,ketika aku berjalan menuju ke tandas aku terdengar Iqbal menjerit-jerit namaku dari belakang.

   "Cikgu Hisyam nak jumpa kau dekat pejabat sekarang.Dia kata ada hal penting! " kata Iqbal setelah aku menoleh memandang wajahnya yang kemerah-merahan itu.

   "Dia nak apa Bal?"

   "Entahlah,pasal semalam kot.Gi je lah kang kecoh pula lagi"

Mendengar kata-kata Iqbal itu aku terus pergi ke pejabat untuk berjumpa En Hisyam Bin.Shamsuddin.

Tukk Tukk Tukk... "Asalammualaikum,cikgu" tegur aku sambil memandang wajahnya yang bujur itu.

   "Kenapa cikgu nak jumpa saya?" soal aku setelah cikgu Hisyam menjawab salamku.

   "Saya ada benda sikit nak cakap,sebelum itu saya minta maaf banyak-banyak Farish" cikgu Hisyam memulakan bicaranya.

   "Apa dia cikgu?" hati aku telah berbunga untuk mendengar butir bicara seterusnya,aku sangka pasti cikgu Hisyam telah mengenali siapa aku sebenarnya,siapa papa aku sebenarnya.Mungkin cikgu Hisyam rasa bersalah sebab telah menampar anak kepada seorang penyumbang terbesar disekolah itu.

Wajah cikgu Hisyam ku renung dengan tenang menunggu jawapannya.
   "kenapa cikgu?" desak aku.

   "saya baru dapat panggilan yang mama dan papa kamu kemalangan di lebuh-raya,dan mereka meninggal di tempat kejadian." tenang suara cikgu Hisyam menyampaikan berita itu pada aku.

   "cikgu cakap apa ni?cikgu saja je nak main-mainkan saya kan?" soal aku yang seolah-olah tidak percaya  dengan berita itu.Sejujurnya aku yakin yang cikgu Hisyam hanya bergurau.

   "Saya tak tipu Farish.Dalam kereta yang sama mereka bersama sepasang suami isteri lagi..keempat-empat mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian" lagi kata-kata cikgu Hisyam yang mengejutkan aku.

"Sepasang suami isteri?Sudah pastinya itu Mak Jah dan Pak Isa..!" Detik hatiku.

   "cikgu jangan main-main cikgu" aku sudah mula berdiri apabila hatiku berasa tidak tenang dengan berita yang baru aku dengari.Airmata aku sudah mula berlinang.Difikiranku pula terimbas saat aku membaling pasu ke arah Pak Isa,aku mendengar suara tangisan Mak Jah dan ketika aku tidak memandang wajah mama dan papa sewaktu mereka keluar dari rumah seminggu yang lalu.

    "Farish saya tahu susah untuk awak percaya ni semua,tapi fikirlah untuk apa saya tipu awak benda-benda macam ni.....Sabar Farish.." tanpa aku sedari cikgu Hisyam telah memelukku,mungkin dia ingin memberi semangat buat aku,airmata aku semakin deras mengalir apabila aku berada didalam pelukan cikgu Hisyam,aku berasa sangat lemah ketika itu.

***
Ya Allah Ya Tuhan ku..KAU ambil mereka dari hidup aku serentak!!Aku tidak punya sesiapa lagi Ya Allah..

Fikiran aku bercelaru ketika itu,airmata aku mula mengalir mengenang peristiwa pada malam itu,aku berdosa kepada Mak Jah dan Pak Isa yang tidak pernah letih melayan kerenah aku,yang tidak pernah lupa menyiapkan makanan minumku,yang tidak pernah lupa membasuh pakaian aku dan juga mereka yang tidak pernah mengeluh dengan sikapku.Ya Allah aku derhaka kepada mereka semua Ya Allah !!!

   "Mereka di Hospital Serdang sekarang,kita ke sana yee..." kata cikgu Hisyam tiba-tiba dan aku hanya menurut.

Sesampai sahaja di bilik mayat hospital tersebut aku terus mendesak penjaga bilik itu untuk  membenarkan aku masuk ke dalam.Ketika itu aku tidak dibenarkan masuk kerana mereka sedang menjalankan kajian.Aku tidak pasti kajian apa lagi yang harus mereka lakukan keatas jenazah keluargaku itu.

Terduduk aku ketika empat keranda diusung keluar dari bilik mayat selepas beberapa minit aku menanti.Aku terus berlari melihat apakah benar yang diusung itu adalah jenazah keluargaku.

   "Mama,Papa kenapa tinggalkan Is...!!!! Mama papa bangunlahhh" rintih aku ketika melihat jenazah mama dan papaku berada dihadapanku.Sungguh aku tak menyangka mereka akan pergi seawal ini.Pergi tinggalkan aku seorang diri dimuka bumi ini.Ternyata cikgu Hisyam tidak mempermainkan aku,benar mama dan papaku telah pergi buat selama-lamanya.

Aku terasa bahu aku disentuh!

   "Farish tak baik kamu meratapi pemergian mereka sebegini rupa,redha lah dengan ketentuan ilahi" kata cikgu Hisyam.

   "Kenapa Tuhan ambik dorang cikgu.Kenapa tak saya saja yang mati...!! Macam mana saya nak hidup tanpa dorang semua,cikgu.Mereka saja yang saya ada dalam dunia nii"

   "Subahanallah...Istifar Farish.Ini ujian DIA buat kamu.Percayalah Farish DIA tidak akan uji kamu kalau kamu tak mampu nak harungi ni semua ini.DIA tidak zalim.DIA maha penyayang,tentu ada hikmah disebalik ini semua" cikgu Hisyam cuba memberi aku semangat.

Aku terima kata-kata cikgu Hisyam.Mungkin betul katanya pemergian mama,papa,pak Isa dan juga mak jah ada hikmah disebaliknya.Jenazah keempat-empat mereka di kebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Mukim Duyong,Melaka,aku terlalu sedih ketika itu apabila seorang pun rakanku tidak bersama aku untuk memberi semangat.Hanya cikgu Hisyam yang setia menemani aku sehingga urusan jenazah selesai.Rakan-rakan kerja mama dan papa juga ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat sahabat mereka itu,dan mereka juga memberikan kata-kata semangat buat aku.Setelah bacaan talkin selesai semua yang hadir sudah mula beredar hanya aku yang kaku seorang diri di tepi rumah baru mama dan papaku.Sedang aku menyentuh pasir-pasir dipusara papa,cikgu Hisyam bersuara,

   "saya dah beritahu orang masjid suruh buat tahlil tiga malam,kita balik seremban sekarang,malam nanti kita boleh buat tahlil disana pula." jelas cikgu Hisyam.

Sepanjang perjalanan pulang ke Seremban aku hanya melayan perasaan aku sendiri,difikiran aku hanya memikirkan bagaimana untuk aku teruskan kehidupan aku selepas ini.

   "Siapa yang nak jaga makan minum aku lepas ni?Dahlah aku tak de saudara  lain,sekarang mama papa pulak tinggalkan aku sensorang.Aku sebatang kara sekarang nii" rintih aku sendiri dalam hati.Tanpa aku sedari airmata ini mengalir semula.Cepat-cepat aku mengelap airmata yang jatuh itu kerana malu dilihat oleh cikgu Hisyam.

   "Farish..." lembut suara cikgu Hisyam menyebut namaku.

   "Farish awak jangan fikir banyak sangat sekarang ni,awak tenangkan dulu fikiran awak tu" sambung cikgu Hisyam.

Aku hanya mengangguk..Aku tidak tahu kenapa aku berasa sangat marah  dan benci kepada cikgu Hisyam.Meskipun dia telah membantu aku menguruskan jenazah yang baru dikebumikan tadi,tetapi hati aku masih lagi berasa sakit apabila melihat wajah cikgu itu.Adakah aku marah gara-gara dia menampar aku semalam?Ahhhh Entahlah aku sendiri tak pasti.

***

Sesampai sahaja dirumah,perasaan aku berasa sangat pilu apabila aku seperti melihat Mak Jah menyambut kepulanganku,aku seperti melihat Pak Isa mengusung barang-barangku dan aku juga seperti terdengar-dengar suara gelak tawa papa dan mama diruang tamu.Aku terus hanyut dengan perasaan aku ketika itu apabila aku mula mencari mereka di bilik papa dan juga di bilik Pak Isa,tapi mereka tiada!Aku yakin yang mereka turut berada dirumah itu,lalu aku terus kedapur untuk mencari kalau-kalau mereka disitu
Terduduk aku apabila aku terlihat cerbisan kaca dari pasu mama yang pecah akibat dibaling oleh aku semalam.Aku baru teringat yang aku baru sahaja pulang dari pengkebumian mereka semua dan aku baru perasaan yang mereka tidak akan muncul lagi dirumah ini.

  "AAAHHHHHHH" jerit aku sekuat yang mungkin apabila aku merasakan seperti ada sesuatu yang sangat berat berada diatas kepalaku.Detik demi detik penglihatan aku menjadi gelap dan aku merasakan fikiran aku hanyut seperti dibawa arus deras.

Sesedar sahaja aku dari kegelapan itu aku berasa hairan apabila cikgu Hisyam bersama isterinya berdiri di sebelahku sambil tangan cikgu Hisyam menyisir rapi rambutku.

"Kenapa cikgu?" segera aku bertanya.Sememangnya aku tidak menyingati langsung apa yang telah terjadi sehingga aku terbaring disitu.

"Kamu pengsan Farish,mungkin kamu terlalu penat atau mungkin benda-benda ni semua mengejutkan kamu.Tenangkan fikiran kamu dulu okey.?"

"Saya nak balik cikgu!" tegas aku tiba-tiba.Tercengang cikgu Hisyam memandang aku.

"Kenapa Farish?"

"Drive saya mesti tengah cari saya tuu.." aku terus meronta-ronta untuk turun dari katil hospital itu.Pelahan-lahan cikgu Hisyam mengucap ubun kepalaku lalu berkata,

"Pak Isa takkan cari kamu Farish,sebab dia akan selalu lihat kamu lepas ni"pelahan suara cikgu Hisyam memberitahu ku.Setelah itu baru aku teringat yang diri ini baru sahaja menjadi sebatang kara dimuka bumi Allah ini.

Setelah tiga hari aku ditahan wad di Hospital Colombia,akhirnya aku dibenarkan keluar.Segala bil aku dihospital itu dibayar oleh cikgu Hisyam.Cikgu Hisyam yang sangat aku benci itu juga yang menggambil aku untuk dibawa pulang.Selama tiga hati dihospital itu,keluarga cikgu Hisyam lah yang datang melawat dan membawa buah tangan untukku.

"Siap dah Farish?"soal cikgu Hisyam mematikan lamunan aku.

"Hmm..dah cikgu"aku menjawab ringkas.

Hanya cikgu Hisyam sahaja yang menggambil aku ketika itu.Keliat isterinya tidak pula aku lihat.

***
Aku hanya diam mendengar nasihat dari cikgu Hisyam ketika didalam kereta.Sepanjang perjalanan dari hospital itu cikgu Hisyam banyak memberi aku kata-kata semangat setelah aku bergelar anak yatim piatu.

"Apa-apa pun solat jangan lupa,Farish" itu penutup syarahan dia ketika itu.Hahaha

"Baiklah cikgu.."dengan nada mendatar aku menjawab.

Setelah sampai dihadapan rumahku sekali lagi cikgu Hisyam bersuara,

"Kamu yakin nak tinggal sendiri?" soal cikgu Hisyam.Dan aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Baiklah kalau mcm tu,jaga diri kamu.Banyakkan berdoa okey!" pesan cikgu Hisyam.

Sesudah sahaja aku berjabat tangan dengannya aku terus keluar dari perut keratanya dan menuju ke pintu rumahku.Hati aku berdebar-debar ketika aku menolak pintu rumah itu,perasaanku sukar untuk aku gambarkan.Rumah Dato'Azman yang sangat indah itu kelihatan suram dimata aku.Mungkin kerana hati dan perasaanku yang menyebabkan aku melihat rumah itu begitu.

Setelah bersihkan diri dan menunaikan solat zohor,aku terus menuju ke dapur untuk menjamah sedikit makanan yang telah dibeli oleh cikgu Hisyam.Cikgu Hisyam telah membeli makanan itu sebelum dia menghantar aku pulang tadi.Tanpa mama,papa,Pak Isa dan Mak Jah aku makan sendiri ketika itu.
Baru aku sedar bertapa pentingnya mereka semua buat aku.Dan baru aku terasa bertapa sunyinya hidup ini tanpa mereka disisiku.

[bersambung.]





Wednesday 8 February 2012

Nasihat seorang Abang

     "Ya Allah,Ya Tuhanku.Kau tempatkanlah abang aku dikalangan orang-orang yang beriman.Kau jauhkanlah dia dari siksaan api neraka dan permudahkanlah segala urusan dia di alam sana..Amin Amin Ya Rabbal Al-Amin" aku berdoa usai sahaja melakukan solat maghrib.Hari ini genap dua minggu Abang Wan pergi meninggalkan kami semua.Rasanya terlalu pantas masa berlalu sehingga hati dan perasaan ini masih teringat-ingat saat abang Wan dimasukkan ke liang lahad.Dan aku juga masih terdengar-dengar suara tangisan ibubapa abang Wan ketika melihat abang Wan kaku tidak bernyawa.

Kringgg Kringgg...Bunyi telefon bimbit yang mematikan lamunan aku.Aku pantas melipat tikar sejadah yang aku gunakan lalu terus menjawab panggilan telefon yang aku tidak pasti dari siapa kerana  pemanggil itu menguna private number.

   "Hello.." sapa aku.

   "Abang nak jumpa kau" pemanggil itu terus menyatakan tujuan sebenar dia menghubungi aku.Dia tidak memperkenalkan dirinya tetapi aku amat mengenali siapa pemilik suara itu.Mohd Azam,adik kepada abang Wan.

   "kenapa?ade hal penting ker?"soal aku.

   "kalau ade hal penting je ke abang boleh jumpe kau?"soal abang ajam semula.
Aku hanya diam mendengar soalan abang ajam itu.Kenapalah lidah ni keluarkan soalan bodoh tu pulak,tengok tak pasal-pasal kena sindir free-free dengan mamat tu.

   "Alamak! Sorry-sorry.Adik tanya je tadi.Abang nak jumpa bila?Dekat mana?" dengan mengelabah aku menyoal abang Ajam semula kerana  takut mamat tu akan merajuk dengan kata-kata aku tadi.

Abang Ajam dan Abang Wan  merupakan abang angkat aku sejak aku di tingkatan satu lagi.Perkenalan kami bermula dari Laman Web Sosial,Myspace.Pada awalnya,aku hanya mengenali Abang Ajam sebagai shuffler. Sejak hari pertama aku bertemu dengan abang Ajam,dia telah memperkenalkan aku dengan Abang Wan iaitu abang kandungnya.Sikap dua-dua abang angkat aku ini sangat berbeza.Dari segi percakapan abang Ajam lebih bijak berkata-kata berbanding abang Wan,senang cerita abang Ajam punya mulut becok sikitlah.Abang Wan pula dia seorang anak yang menjadi harapan keluarga,dia selalu mengutamakan keluarga dari dirinya sendiri.Tetapi persamaan antara mereka berdua ialah kedua-duanya seorang yang happy go lucky dan mudah untuk membuat insan-insan disekeliling mereka ketawa.

Tepat jam 8.25 malam aku sampai ditempat yang dijanjikan.Dari jauh aku dapat melihat kelibat Abang Ajam yang sedang mengelamun jauh.

   "Abang.." suara aku mendatar menegur abang Ajam sambil menepuk bahu kirinya.

   "Kau datang naik ape?"soal abang Ajam sebaik sahaja aku duduk mengadap dia.

   "Naik moto,malaslah nak bawa kereta kang jem pulak kang"

   "ermmm" hanya itu yang abang Ajam jawab.

Setelah pelayan yang mengambil pesanan beredar,aku merenung wajah abang Ajam.

   "kenapa muka dia pucat?" soal aku dalam hati.Aku renung wajah Abang Ajam sedalam yang mungkin.

   "mata dia bengkak lah!" hati aku berbisik lagi.Aku mula hairan melihat abang Ajam yang hanya diam dari tadi.Dia mahu berjumpa dengan aku tapi sepatah kata pun dia tak cakap lagi kecuali bertanya cara kedatangan aku ke situ.Hanya yang aku dengar dari tadi adalah lagu 'Masih Jelas' nyanyian Hafiz yang berkumandang di radio yang dipasang oleh pemilik kedai itu.

   "Abang Ajamm!!!!" pekik aku sambil menghentak meja.Haaa ambik kauu!! 

   "Kau ni dah kenapa?"tengking abang Ajam.

   "Abang tu dah kenapa?nak jumpa adik tapi diam je dari tadi.Baik tak payah jumpa kalau macam ni" marah aku kepada abang Ajam ketika itu.

   "Dia yang buat kita macam tunggul dekat sini,dia pulak nak tengking kita!" bisik aku dalam hati.Geram dengan sikap abang Ajam yang tiba-tiba melenting tu.

   "Abang mintak maaflah dik.Otak abang ni berserabutlah."akhirnya abang Ajam bersuara setelah masing-masing diam beberapa minit.

   "Abang ni kenapa?muka dahlah pucat,mata bengkak! abang okey ke tidak ni??"  aku mula berlembut dan terus duduk di sebelah abang Ajam.Mungkin saat ini abang Ajam memerlukan seseorang untuk meluahkan segala apa yang dipendamnya.

   "abang.." sapa aku sambil tangan aku mengganggam tapak tangan abang Ajam apabila soalan yang aku beri dibiarkan begitu sahaja..

   "Abang rindu Abang Wan.." akhirnya abang Ajam jujur dengan aku.Sememangnya sejak mendapat panggilan telefon dari dia,aku dapat meneka yang dia sedang merindui abang Wan seperti mana aku merindui insan itu.

 "Abang sabarlah.Kita semua rindu dia kot.Adik pun rindu dia" aku cuba menyusun kata untuk menaikkan semangat abang Ajam semula.

   "kat rumah tu abang macam ternampak-nampak abang Wan.Dia basuh pinggan,dia ambik baju kotor dekat bilik abang,dia tengok tv.Kadang-kadang tu abang macam terdengar suara dia nyanyi-nyanyi dekat bilik dia."  dihujung kata-kata abang Ajam terdapat sedikit getaran ketika dia mengeluarkan kata-kata itu,matanya pula sudah mula berlinang.

   "abang rindu sangat dekat dia dik,sekarang takde pun orang yang kejutkan abang pagi-pagi,buatkan abang air pagi-pagi.Dah takde dik..Abang sunyi sangat dekat rumah tu..sebab tu abang ajak kau keluar.abang tak tahu nak pergi mana.Kalau abang sorang-sorang abang akan ingat dia jee" luah abang Ajam

Aku tak tahu apa yang harus aku katakan ketika itu kerana aku pun sedang mengalami apa yang Abang Ajam rasakan.Mungkin penderitaan kehilangan abang wan lebih dirasakan oleh Abang Ajam berbanding aku yang hanya tujuh tahun mengenali Abang Wan.

   "Cuba abang bayangkan apa yang mak ayah rasa bila tengok abang down macam ni..mesti dorang lagi sedihkan?Abang sanggup ke tengok dorang semua sedih?" soalan aku yang membakar jiwa abang Ajam ketika itu.Aku sengaja melibatkan Pak Cik Zahari dan Mak Cik Mala dalam hal ini kerana sekurang-kurangnya abang Ajam dapat memikirkan perasaan mak dan ayah dia apabila dalam keadaan begitu.

Sejak Abang Wan meninggal dunia,abang Ajam yang menjadi harapan keluarga dalam segala urusan.Abang Ajam juga merupakan satu-satunya anak lelaki yang tinggal dalam keluarga itu.Tanggungjawab yang ditinggalkan buat abang Ajam sangat berat untuk dilaksanakan.Jadi bagi aku abang Ajam tidak seharusnya lemah begitu,sebenarnye pemergian Abang Wan adalah untuk mengajar dia supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari sendiri tanpa adanya seorang abang dalam hidup dia.

   "abang kira untung tau sebab abang wan bagi tahu abang yang dia sakit.Tapi kami..."

   "itu pun empat hari sebelum dia meninggal dik" abang Ajam pantas bersuara.

   "ya..yaa adik tahu.tapi sekurang-kurangnya abang ada masa untuk menjaga abang wan.Tu mak ayah tuu dorang hanya dapat tahu time dia dah masuk ICU.yang adik ni lagi lah.beberapa jam sebelum dia meninggal baru adik dapat tahu.Abang..kalau nak diikutkanlah adik ni lagi sedih  dengan pemergian abang Wan.Sebab benda ni semua memang mengejutkan adik.Sangat-sangat mengejutkan abang tahu tak!!"nada suara aku semakin tinggi di penghujung ayat itu.Air mata ini sedari tadi telah mula jatuh,tidak mampu untuk aku menahannya lagi.Aku biarkan abang Ajam melihat aku menangis.Walaupun awalnya aku tidak mahu dilihat lemah dimata abang Ajam,tetapi aku ini hanyalah seorang wanita biasa yang mudah untuk mengalirkan airmata.

   "Andai kata Abang Wan tak sedar masa tu,mesti adik takkan dengar suara dia lagi.Tapi Allah tu Maha Adil abang....Adik tahu tentang kesakitan abang Wan  last minute ,tapi adik masih berkesempatan untuk mendengar suara dia disaat-saat terakhir dia." tangan aku masih erat menggenggam tangan abang Ajam.Airmata ini semakin deras mengalir apabila difikiranku terimbas wajah Abang Wan sewaktu dia diajar mengucap kalimah syahadah.

Melihat aku yang sedang menangis,abang Ajam hanya diam membisu.Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh mengeluarkan kata-kata begitu pada dia.

Setelah sedar dengan kata-kataku,aku terus merenung wajah abang Ajam.Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang tersiksa menanggung rindu.

   "Adik minta maaf abang,bukan niat adik nak buat abang berserabut lagi.Tapi...adik tak bolehlah nak kawal perasaan adik.sejujurnya adik pun rindu dekat dia."

   Mata aku tepat memandang wajah abang Ajam ketika aku menyatakan rindu pada Allahyarham Mohd Izuan.Satu persatu aku tatap segala yang ada diwajahnya,ternyata bentuk muka abang Ajam saling tak tumpah seperti Abang Wan.Bujur!

   "semakin lama dia hilang dimata kita,semakin rindukan...."kata abang Ajam berserta tawa dihujung ayatnya.Tangan abang Ajam yang menyentuh bahu kiriku membuatkan aku berasa sangat tenang disamping dia saat itu.

   "Dahlah dik..betul kata kau,kalau abang macam ni saja mesti mak ayah tengok dorang lagi sedih,apa-apa pun thankz lah dik kau ingatkan abang pasal mak ayah tuu." tiba-tiba abang Ajam bersuara dengan penuh semangat! Yeahhh..Itu yang aku inginkan.

****
Setelah hampir 2 jam kami round satu KL,akhirnya abang Ajam hantar semula aku ke tempat kami mula berjumpa pada malam itu.
Sewaktu aku ingin menyimpan kasut didalam almari aku terpandang sepasang kasut yang diberikan oleh abang Wan kepada aku sewaktu ulang tahun kelahiranku yang ke-17.

   "Kasut tuu" hati aku terdetik apabila terpandang kasut Supra berwarna biru tersusun elok didalam almari kasut.

Aku ambil kasut tu dan terus ku simpan didalam sebuah kotak yang baru.

   "aku sayang kasut ni!!" bebel aku sendiri.

Sesudah membersihkan badan aku terus membiarkan diri dan perasaan aku dihanyut dengan kenangan silam bersama abang Wan.Satu demi satu kenangan bersama dia terimbas difikiran aku.Aku masih ingat lagi nasihat terakhir abangWan kepada aku iaitu sehari sebelum dia meninggal dunia.Ketika itu aku hanya dapat berbual bersama dia melalui telefon sahaja.
       
   "takpe dik kau tak payah fikir pasal abang lagi,mulai sekarang kau kena ingat yang gaji kau harus diutamakan untuk mak dan ayah.Bukan untuk orang lain" itulah antara nasihat terakhir abang Wan untukku.

Aku hairan ketika itu apabila dia menyatakan bahawa aku tidak perlu memikirkan soal dirinya lagi.Apabila aku bertanya pada dia malam itu mengapa dia berkata begitu?dia seolah-olah mengelak untuk menjawab soalan aku.

Terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang 7 tahun aku mengenali dia.Aku ketawa,aku marah dan aku menangis dihadapan dia.Walaupun abang Ajam yang pertama menjadi abang aku,tetapi Abang Wan yang sering menjadi tempat untuk aku berkongsi rahsia.Hal ini kerana abang Ajam seorang abang yang sangat garang dan tegas dengan adik-adiknya.Jadi aku akan berasa takut setiap kali ingin berkongsi cerita apabila aku sedang berhadapan dengan masalah dengan rakan-rakanku.

Abang Wan menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 5.30 petang pada 20/1/11 dihadapan aku,abang Ajam,mak,ayah dan juga akak serta adik mereka berdua.
Ketentuan Allah,tiada siapa yang tahu.Pada 19/1/11 jam 8 malam aku berbual bersama dia,tetapi pada 20/1/11 jam 5.30 petang aku mengadap jenazah dia.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan saat itu.

   "Dik abang Wan sakit.Sekarang dia ada dekat Hospital Ampang.Kau datanglah dik tengok dia" aku masih terdengar-dengar suara abang Ajam memberitahu abang Wan sedang sakit.

Aku bersyukur kepada tuhan kerana dia memberi peluang kepada aku untuk mendengar suara abang Wan buat kali terakhir.Biarpun kata-kata abang Wan yang terakhir tidak ditujukan buat aku seorang,tetapi suara dia ketika itu sangat-sangat bermakna buat kami yang terkejut mengetahui tentang kesakitan yang ditanggungnya selama ini.

   "Iwan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,halalkan segala-galanya" itu kata-kata terakhir abang Wan sebelum di menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Aku hanya dapat berdiri dari jauh ketika abang Wan disahkan telah meninggal dunia.Aku sengaja memberi ruang buat keluarga kandungnya untuk menatap wajah dia buat kali terakhir.Jujur aku katakan aku berasa sangat lemah ketika itu.Orang yang sering memberi kata-kata nasihat untuk aku selama ini pergi mengadap ilahi,pergi dari pandangan kami.

   "abang kau jangan main-main bang...bangunlah abang!!" jerit abang Ajam sambil mengoncang-goncang badan Abang Wan setelah abang Wan sah meninggal dunia.

Abang wan memang seorang abang dan juga kawan yang baik serta bertanggungjawab.Susah untuk aku coretkan bertapa baiknya insan yang bernama Mohd Izuan Bin Zahari ini.Pernah sekali tu mama dan ayah tiada di Malaysia,abang Ajam pula kerja outstation, sepanjang masa itu abang Wan yang menjaga aku.Walaupun kami tidak tinggal serumah tetapi abang Wan sering  menghantar makanan kepada aku,mengambil aku dari sekolah dan mengingatkan aku membuat homework setiap kali tiba waktu petang.

Air mata aku deras mengalir ketika mengingati abang wan,dengan melodi lagu 'bila cinta' yang dipasangkan ketika itu membuatkan perasaan rindu aku kepada abang Wan semakin membuak-buak.Aku terlalu merindui dia.

  "Abang..adik rindu abang sangat-sangat.Andai masa boleh berputar semula,ingin sekali adik menjaga abang ketika abang sakit.Kenapa abang tak pernah berkongsi kesakitan abang bersama kami?abang selalu dengar luahan hati kami,tapi rasanya jarang sekali untuk kami mendengar abang untuk bercerita masalah pada kamikann?abang memang seorang abang yang terbaik..abang sanggup membuat orang lain tersenyum sedangkan abang sedang menangis.adik sayang sangat pada abang" aku berkata sendiri sambil memegang erat gambar abang Wan.

Sedang aku menangis aku menerima SMS dari abang Ajam.

   "Sory ganggu.Abang tahu kau tak tido lagi.Betul kata kau,abang kena kuat untuk keluarga.Kau tolong abang dik.Abang hanya ada kau untuk naikkan semangat abang"

   "yee adik akan sentiasa ada disisi abang.kita sama-sama kehilangan dia abang.Adik yakin kita mampu harungi hari seterusnya tanpa dia.kitakann Terbaikkkk wokkk!!!" SMS aku yang penuh semangat membalas kata-kata abang ajam

Ya.Mulai malam itu aku dan abang Ajam ada membuat satu perjanjian.Perjanjian apa?Hanya aku dengan dia sahaja yang tahu.#Sorry. Bermula malam itu juga aku dan abang ajam telah mula belajar untuk menerima apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

   "okeyy mulai sekang saya Siti Zuraidah berjanji kepada awak Encik Mohd Azam yang saya akan sentiasa ada disisi awak tidak kira apa sekalipun yang terjadi dan saya juga berjanji akan sentiasa berkongsi segala cerita tentang hidup saya bersama awak" itu yang aku katakan kepada abang Ajam pada malam itu.Dengan sekelip mata aku dan abang Ajam boleh berubah.





Tuesday 27 December 2011

Pemikiran Remaja Dewasa


Mohd Khairil Azhar.
Nama seorang insan yang bergelar pak cik yang tidak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku.Sejak aku berusia 4 tahun pak cik Azhar yang telah menjaga dan mendidik aku sehingga tamat riwayat hidupnya.Aku diambil dari keluargaku untuk dijadikan anak angkat kepada Pak Cik Azhar dan Mama Ira.Hal ini disebabkan kerana pasangan suami isteri itu tidak diberi rezeki untuk mempunyai anak,jadi Pak Cik Azhar membuat keputusan untuk mengambil aku dari Papa dan Mamaku yang menetap di California sebagai anak angkatnya.

   "Jangan lupa pada Mama dan Papa kamu Faiz,Pak Cik ni bukan ayah kamu.Hormat mereka Iz" itu kata-kata terakhir Pak Cik Azhar buat aku sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pada malam itu.

Hari ini genap 3 bulan Pak Cik Azhar pergi tinggalkan kami semua.Pergi yang tidak akan kembali lagi.Masih segar difikiran aku untuk mengingati keadaan sebelum Pak Cik di hantar ke hospital gara-gara sikap aku sendiri.Aku anak yang tidak mengenang budi.Aku biadap ketika berhadapan dengan orang tuaku yang sebenar.

   "Iz benci pada dorang pak cik." marah aku ketika itu.

   "kalau betul dorang sayang pada Iz kenapa dorang tak pernah datang jenguk Iz dekat Malaysia ni?"soal aku kepada Pak Cik Azhar ketika itu.

Aku lihat pak cik Azhar hanya diam sahaja saat aku memberontak meminta jawapan dari dia.Aku tahu ketika itu dada pak cik sudah mula sakit.Pak Cik Azhar mengidap penyakit jantung yang kronik sejak setahun yang lalu.Kata doktor pribadi pak cik,dia tidak boleh banyak berfikir dan terlalu risau.

   "mereka busy  Iz,takkan kamu tak faham perkerjaan mereka.Mereka perlu uruskan perniagaan mereka disana.Masa mereka terhad" jawab pak cik Azhar setelah lama dia membisu.

   "masa mereka terhad??walaupun untuk anak sendiri?come onlah pak cik.Iz dah 18 tahun tau,tapi Iz cuma dua kali sahaja jumpa mereka.Apa tu pak cik?"pekik aku pada Pak Cik Azhar ketika itu.Aku mula berang apabila Pak Cik Azhar mula menyebelahi Mama dan Papa yang tak pernah pedulikan aku selama ni.

Kehadiran Mama dan Papa yang pulang ke Malaysia ibarat menghancurkan kebahagiaan hidup aku bersama pak cik Azhar dan Mama Ira.Selama aku tinggal bersama pak cik dan mama Ira,aku merasakan diriku sangat dihargai oleh pasangan suami isteri itu.Walaupun mereka hanya ibu bapa saudaraku,tetapi layanan mereka terhadap aku membuatkan diri ini terlalu menyayangi mereka lebih dari Papa dan Mama aku yang sebenar.

   "Mereka mahu kamu sambung belajar di California."jelas Pak Cik Azhar tentang hajat sebenar mama dan papa pulang ke Malaysia.

   "Iz tak nak pak cik..Iz nak duduk sini.Iz nak bersama Pak Cik dan Mama Ira.Iz tak nak dengan dorang"jawab aku ketika itu dengan nada mendatar.

   "Faiz..kamu yang akan mewarisi perniagaan mereka disana suatu hari nanti,kamu harus pulang ke California,kamu tiada pilhan Faiz!!"tengking pak cik.Bergetar suara pak cik ketika itu.Bergetar kerana terlalu marah pada aku atau pak cik sedang menahan sakit??
Entahlah.Aku sendiri tak pasti.

   "Pak cik halau Iz?"aku menyoal pak cik.

Pak cik terkedu mendengar kata-kata aku itu.

   "tak pernah terniat dihati pak cik ni ingin menghalau kamu Faiz"

   "jadi kenapa pak cik suruh Iz pergi ke California??kenapa pak cik suruh Iz ikut mereka??" dengan nada sebak aku mengeluarkan soalan-soalan itu.

Sambil memicit-micit dada,pak cik menjawab

   "Kamu anak mereka,pak cik ni hanya meminjam kamu dari mereka.Dah tiba masa untuk pak cik pulangkan kamu pada mereka Iz"

   "tolong dengar cakap pak cik Iz..pak cik tak pernah ajar Iz untuk lupakan kedua-dua orang tua Iz kann?" pak cik menyambung kata-katanya lagi.

Ketika itu juga aku bingkas bangun dari tempat duduk aku lalu berdiri di depan pintu rumah.Hati dan fikiran aku bercelaru ketika itu apabila mendengar pak cik seakan-akan merayu meminta aku untuk mengikuti papa dan mama pulang.Aku tak mahu bersama papa dan mama.Aku inginkan pak cik dan mama Ira.Aku sayang mereka,aku tak mahu segala kenangan kami ditinggalkan begitu sahaja.

Dato' Ridzuan dan Datin Maria.
Aku benci pada mereka berdua.Kenapa mereka ingin mengambil aku dari adik mereka?Sedangkan sebelum ni mereka tak pernah perdulikan aku.Pak cik dan mama Ira lah yang menjaga aku selama ini.Merekalah yang bersusah payah ketika aku sakit,mereka lah yang menyediakan segala keperluan aku.Kenapa baru sekarang Mama dan Papa ingin ambil aku dari mereka??Mama dan papa tidak kesiankan mereka ke?susah payah mereka besarkan aku,tiba masanya pula mama dan papa datang ingin mengambil aku dari mereka..Mama dan papa tak ada perasaan ke?

Aku diam mencari jawapan sendiri.

   "Iz...pak cik dan mama sayang sangat dengan Iz,kami tak akan lupakan kamu Faiz.Pergi lah,nak..pergi ikut mama dan papa kamu.syurga kamu pada mereka berdua.Bukan pada pak cik dan mama Ira" kata pak cik lagi.

   "Iz takkan pergi pak cik,Iz akan tetap ada dekat rumah ni" aku mula meninggikan suara.Aku tak suka pak cik mendesak aku begitu.

Wajah pak cik mula berubah ketika itu.Mungkin dia juga marah kerna aku melawan cakap dia.Siapa tak kenal Pak Cik Azhar,sikap panas baran dia tu satu  family tahu.

   "Kamu tak faham ke Faiz apa pak cik cakap?Pak cik tak perlukan kamu lagi dekat sini"

   "Pak cik tak perlukan aku??"bisik hati aku.Mata aku mula berlinang.

   "Kamu pun dah besar Iz.Kamu boleh jaga diri kamu sendiri.Kamu tak perlukan pak cik dan mama lagi macam dulu" sambung pak cik.Dihujung percakapannya ada sedikit nada ketawa.

Aku mula berasa malu.
Pak cik tak perlukan aku lagi??betul ke?
Tapi kenapa?

  "Iz benci pak cik.Kenapa semua orang tak faham Iz?Iz cuma mahu bersama pak cik dan mama Ira.Itu sahaja."marah aku sambil melanggar meja dihadapanku.Aku marah sangat ketika itu.Kenapa semua tak faham aku??

Aku terus mengambil kunci motor dan beredar dari rumah yang aku rasakan seperti ada api yang sedang membara.

   "Iz..Iz...Faiz kamu nak ke mana tu?" jerit pak cik Azhar ketika itu.Tapi aku terus berlalu tanpa menoleh

Aku sendiri tidak tahu ke mana arah tujuan aku ketika itu.Aku bingung.

   "kenapa hidup aku macam ni?kenapa aku tak macam kawan-kawan aku yang lain??"soal aku sendiri.
 
**********

Setelah hampir dua jam setengah aku duduk seorang diri di Tasik Titiwangsa.Aku menerima panggilan dari Dato' Ridzuan.

    "Apa orang tua ni nak?"bebel aku sendiri sambil tangan aku ligat menekan button  berwarna merah untuk memutuskan panggilan itu.

Tidak sampai dua minit telefon aku berdering lagi.Kali ini panggilan dari Mama Ira.

   "Hello ma"

   "Iz dekat mana sekarang,nak?" tanya mama.Nada suaranya jelas menunjukkan dia risaukan aku.

   "Iz dekat Titiwangsa.Kenapa mama contact Iz?Mama nak cakap yang mama tak perlukan Iz juga?"sindir aku.

   "Iz,pak cik tak sedar apa dia cakap pada Iz masa tu.Dia marah bila Iz lawan cakap dia,Iz mesti faham perangai pak cik kan?"

Ya.Perangai panas baran pak cik.Aku faham sangat,memang susah kalau dia sudah marah pada sesorang tu.Dia akan cakap apa sahaja yang dia rasa untuk membuatkan orang lain dengar cakap dia.Itu perangai pak cik yang sebenar.Tapi..Takkan pak cik sanggup lukakan hati aku hanya kerana dia ingin aku mengikuti mama dan papa?ahhhhh...Lantaklah.Aku penat nak fikir ni semua.

   "Iz kamu dengar tak mama cakap ni?"

ha?Mama cakap apa?Ya Allah aku mengelamun ni apesal.

   "sorry.Mama cakap apa?"

   "Pak cik kamu sakit ni.Kamu baliklah rumah Faiz"

   "Nanti Iz baliklah mama.Hati Iz ni sakit bila pak cik cakap dia tak perlukan Iz lagi" luah aku pada mama.Memang saat tu aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.Kebetulan mama telefon aku.So, mama sahajalah tempat aku luahkan semuanya.

   "Iz kecewa mama.Iz nak duduk Malaysia untuk bersama dengan Mama dan Pak cik.Tapi pak cik cakap dia tak perlukan Iz pulak.Faiz ni dah terawang-awang mama tahu tak.Iz bukan boneka tau ma!!Senang-senang sahaja nak suruh Iz pergi sini,pergi sana.Iz ada perasaan tau ma" suara aku makin meninggi saat itu.

   "Faiz..pak cik terlepas cakap Iz!!" tengking mama

   "mesti dia ada niat dalam hati nak cakap macam tu,kalau tidak dia tak akan terlepas cakap"

   "Terpulanglah Iz.mama harap Iz balik rumah cepat.Kesian pak cik kamu."

   "Okey tengoklah nanti.Asalammualaikum" aku terus mematikan talian.

Hati aku sangat marah pada Pak Cik Azhar.Tapi...dalam masa yang sama aku ingin pulang untuk melihat keadaan pak cik.Aku tidak mahu pak cik sakit.Aku sayangkan pak cik!

**********
Sudah masuk hari kedua aku tidak pulang ke rumah.Selama dua hari itu juga aku tidur dirumah sahabatku,Sofyan di Alamanda Damansara.Sofyan sahabat aku sejak aku di tingkatan satu lagi.Dialah yang sering menjadi pendengar setia segala luahan hati aku apabila aku berhadapan dengan masalah.

   "Sampai bila kau nak lari macam ni Iz?" soalan Sofyan mematikan lamunan aku.

   "Aku pun tak tahulah pian.Aku sendiri keliru untuk buat keputusan.Hati aku ni berbelah bagi.Aku sayang mereka semua."

   "Kau kena fikir masak-masak Iz.Dorang semua tengah tunggu kau tu"

   "Tapi aku belum bersedia untuk jumpa dorang.Hati aku ni ibarat dah kecewa tahu tak?Aku rasa diri aku diperalatkan oleh dorang semua" luah aku kepada Pian.

   "weii..dorang semua sayang kau lah dol.Takkan lah dorang nak peralatkan kau pulak.Cuba kau fikir positif sikit Iz."

   "tu telefon kau tu sampai bila kau nak off kan?kalau ada apa-apa jadi kat pak cik kau macam mana??dorang bukan tahu kau dekat rumah aku ni." marah Pian.

Ya Allah.Telefon aku tak on!!
Aku bingkas bangun dan berlari ke bilik Pian untuk mengambil telefon bimbit aku.Haa..Ambik kau 11 misscall.Number dari mama Ira dan Papa.

   "Iz,pak cik masuk hospital.Heart Attack lagi."mesej dari Mama Ira

   "Iz..dkt mane?pak cik kmu sakit.Balik lah Iz" lagi mesej dari Mama Ira

Jantung aku semakin laju.Hati aku berdebar-debar ketika ingin membaca mesej yang seterusnya.

   "Pak cik msk ICU.Mama harp Iz blik cepat." mesej terakhir dari mama..

Aku terus berlari ke bawah untuk mendapatkan pian.Aku ingin menunjukkan semua mesej-mesej yang mama hantar.Badan aku menggigil membaca semua mesej tu.Aku takut sangat.

   "Apa lagi kau tunggu?Pergi lah hospital,dorang tunggu kau tuu" arah pian.

   "Aku takut pian kalau apa-apa jadi depan mata aku nanti"

   "Kau nak takut apa??Pergi Iz sebelum terlambat" nasihat Pian kepada aku

Aku terima nasihat pian.Aku terus berlari mencapai kunci motor dan terus berlalu dengan laju bersama harapan agar pak cik berada dalam keadaan yang stabil.

**********
Tepat jam 9.45 malam aku sampai dihadapan Hospital Kuala Lumpur.

   "Ya Allah kau selamatkan lah pak cik aku.Aku amat menyayangi dia" aku berdoa dalam hati sambil berjalan menuju ke wad ICU.

Dari jauh aku terlihat kelibat Mama dan Papa di luar wad ICU.

   "How is the condition pak cik Azhar now?" Dengan pantas aku menyoal Papa.

   "He in critical conditon.Go and see him now!! Faiz" 

Dari luar aku perhatikan pak cik.Langkah aku terhenti apabila melihat terlalu banyak wayar yang berselirat dibadan pak cik.

  "Aku tinggalkan pak cik dalam keadaan macam ni?"soal aku sendiri.

   "Anak jenis apa aku ni?"

Aku terasa bahu aku di sentuh.
   
   "Kenapa tak masuk?" soal papa sambil memegang bahu kanan aku.

   "Iz takut pa."

   "Kuatkan semangat Iz.Kamu kena kuat untuk pak cik and mama Ira kamu kat dalam tu" nasihat papa kepada aku.

Aku tenung mama Ira dari luar wad.Airmata mama mengalir ketika dia membacakan surah yassin buat pak cik.

   "Aku kena masuk.aku harus bersama mama untuk temankan pak cik" bisik aku sendiri didalam hati.

   "Asalammualaikum!"

   "walaikummusalam.Faiz!!" mama berjalan pantas mendekati aku lalu memeluk diriku.Airmata aku turut mengalir saat itu.Kata papa aku kena kuat untuk Mama Ira.Tapi..sekarang aku menangis dihadapan mama.

    "Iz tak kuat pa.."bisik aku sendiri

    "Iz pergi tengok pak cik,nak" arah mama sambil mengelap air mata yang jatuh dipipinya.

Dengan langkah yang lemah aku pergi mendapatkan pak cik yang sedang kaku di atas katil itu.

   "Pak cik,Faiz datang ni."Aku tak tahu kenapa air mata aku mengalir ketika aku menyapa pak cik.Aku rasa bersalah sangat dengan pak cik.

   "Maafkan Iz,pak cik.Pak cik kena kuat tau.Pak cik kena bertahan untuk kami semua" aku berkata lagi.Walaupun pak cik kaku begitu,tapi aku yakin pak cik mendengar setiap butir bicara aku.

   "Nah Iz ambil yassin ni."sahut mama sambil menghulurkan Surah yassin kepada aku.

Sambil tangan kanan aku memegang tangan pak cik yang kaku itu,aku memulakan bacaan yassin aku dengan Bismillahhirahmanirahim.

********
Dalam genggaman tangan aku!Aku rasa sesuatu.

   "Tangan pak cik bergerak ke??" bisik aku sendiri.

Aku lihat wajah pak cik.

   "Ya Allah.Syukur alhamdulillah.Pak cik dah sedar."kata aku dalam nada perlahan.

Aku terus keluar mendapatkan Mama Ira,lalu memanggil nurse disitu.

Setelah beberapa minit datang seorang jururawat mendekati aku dan Mama Ira.

   "Encik Azhar masih lemah.Jadi biarkan dia berehat dulu ya."kata jururawat yang bernama Linda itu.

Aku terus masuk untuk bersama pak cik.Mama dan papa ke cafeteria untuk mengisi perut mereka yang sudah bernyanyi-nyanyi.Mama Ira pula ke surau untuk membuat solat syukur kerana pak cik telah sedar.Hanya aku dan pak cik sahaja yang berada didalam wad itu.

   "Faiz...." sapa pak cik dalam keadaan lemah.

   "ye pak cik.Pak cik rehat erkkk"

   "thankz datang lawat pak cik" ucap pak cik sambil tangannya memegang pergelangan tangan aku.

Aku hanya tersenyum mendengar ucapan terima kasih dari pak cik itu.Tiada kata untuk aku ucapkan.

   "boleh pak cik tanya sesuatu" soal pak cik.Aku hanya mengangguk.

   "Kamu akan ikut papa dan mama kan?" soal pak cik ketika itu.Soalan dia yang memeningkan kepala aku.Kenapa pak cik masih bertanya tentang hal itu dalam keadaan emergency begitu?

   "Apa ni pak cik?Iz takkan ikut dorang lah.Faiz benci dorang,pak cik tahu tak?Iz akan tetap ada temankan pak cik kat Malaysia ni"aku mula meninggi suara ketika itu.Hati aku terasa seperti ada api yang sedang menyala.Aku tak faham kenapa dalam keadaan begini pak cik masih ingin memaksa aku.Benarkah pak cik telah membenciku??

*******

Selepas aku mengeluarkan kata-kata itulah pak cik memberi aku nasihat terakhir.Dia mula sesak nafas selepas beberapa minit.Ketika itu aku mula berasa cemas.Aku takut.Takut sesuatu bakal terjadi kepada pak cik.

   "Maaf cik sila tunggu diluar ya."arah nurse yang datang dengan pantas untuk cuba mengawal keadaan pak cik.

   "Ya Allah..Kau selamatkanlah pak cik aku.Aku mohon kepadamu Ya Allah" aku berdoa sendiri ketika itu.

Tiba-tiba...

   "Why are you standing outside?"

   "Pak cik had shortness of breath.Doktor ada kat dalam" jelas aku kepada Dato' Ridzuan ketika itu.

   "Kenapa tak call papa or  mama?" Mama mula bersuara ketika itu.

   "For what?" soal aku semula..

Belum sempat Mama menjawab,doktor yang merawat pak cik keluar dari bilik itu.

   "Puan Zairani mana?" soal doktor itu.

   "Zairani ke surau.Kenapa doktor?Saya abang ipar kepada Azhar.Macam mana keadaan Azhar doktor?"

   "Sorry to say.Jatungnya tidak dapat berfungsi lagi."

   "jadi bagaimana dia doc, itu yang saya nak tahu sekarang ni!!" Soal Papa tanpa berlengah lagi.

   "Encik Azhar tak dapat kami selamatkan.Kami minta maaf.Saya harap encik sekeluarga dapat bersabar" lafas doktor itu.

Bukkkkk!!
Terduduk aku mendengar penjelasan doktor itu.Ya Allah memang sukar untuk aku nyatakan perasaan aku ketika itu.Pak cik dah meninggal??Baru sahaja tadi pak cik sedar,kenapa cepat sangat dia pergi tinggalkan kami semua..Ya Allah Ya Tuhan ku.Kau kuatkanlah hati hambamu ini,doa aku ketika itu.

   "Kenapa ni?Abang kenapa?"Soal mama Ira yang baru sahaja berdiri berdekatan kami kepada papa.

   "Ira..."

    "Kenapa ni abang wan?" desak mama.Papa hanya merenung muka mama Ira ketika itu.Tak sanggup agaknya dia untuk menyampaikan khabar buruk ini kepada mama.

   "Ira..sabar dik"

   "Azhar..."sambung papa lemah.Aku lihat ketika itu airmata papa mula mengalir.

Mama pantas berlari masuk ke dalam wad dimana pak cik ditempatkan setelah mendengar nama 'Azhar' tadi.Kami semua hanya memerhatikan mama dari luar wad.Tak mampu kami untuk berhadapan dengan kedua-duanya didalam wad itu.Adegan apa yang akan kami lihat selepas itu kami sendiri tidak tahu.

   "Abang..abang..bangun abang."rintih mama ketika itu..Airmata mama telah mula mengalir ketika dia mula melihat sebujur badan yang telah diselimutkan dari hujung kaki sampai hujung kepala.

   "Abang jangan buat Ira macam ni.Bangunlah abang.Jangan tinggalkan Ira abang..ABANG!!"mama mula hilang kawalan..Emosinya mula tidak stabil.Badan pak cik digoncang-goncangnya ketika itu.Papa yang terlihat adegan itu terus masuk ke dalam wad untuk bersama mama.Mama Ira perlukan seseorang untuk tenangkan dirinya sendiri.

   "Dik sabar dik..sabar banyak-banyak okey " kata papa ketika mama Ira didalam dakapannya.Nampak sangat sikap tanggungjawab papa terhadap adiknya ketika itu,mama Ira lah adik papa yang bongsu.

   "Azhar dah tak ada,bang..Dia dah tak ada lagii" tangis mama.

   "sabar dik.Kita kena redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah.Ini yang dia nak,esok lusa kita pulak menyusur Azhar untuk mengadap Dia"

   "Ingat dik air mata kamu yang mengalir tu akan membuat Azhar tak tenang dekat sana nanti" nasihat papa untuk menenangkan perasaan mama.

Mama mula mengesat airmatanya yang mengalir laju dari tadi.

   "Faiz mana,Abang.?"Soal mama dengan nada yang serak.

   "Ada kat luar dengan mama dia"


Tepat pukul 4 pagi jenazah pak cik dibawa keluar dari bilik mayat untuk dibawa pulang.Aku lansung tidak bertemu mama Ira sejak pak cik mula meninggalkan kami.Aku rasa bersalah sangat pada mama Ira.Pak cik sesak nafas setelah aku mula meninggikan suara kepadanya.Aku bersalah sangat pada pak cik.Aku berdosa pada dia.

Jenazah dikebumikan pada pukul 7 pagi di Makam dato haji syed seremban.

   "Maafkan Faiz,pak cik" bisik aku dalam hati ketika aku bersama dua orang sepupuku mengangkat jenazah untuk dimasukkan ke dalam liang lahad pada pagi itu.Aku tak tahu apa perasaan aku ketika itu.Aku terlalu menyesal kerana melawan cakap pak cik.

*******

Kini aku tengah menunggu masa untuk dibawa pulang ke California.Aku akan  mengikut papa dan mama tinggal disana.Ini semua hanya kerana pak cik Azhar.Aku ingin melaksanakan perintah terakhir dia.Aku terlalu bersalah pada dia.Pemikiran aku sangat cetek,aku hanya mengikut kata hati aku tanpa berfikir panjang dengan menengking pak cik di wad ICU ketika itu.Gara-gara kelakuan bodoh aku itu,pak cik menghembuskan nafasnya yang terakhir.Andai aku dapat berfikir panjang dan sedar dengan keadaan sekeliling ketika itu,pasti semua ini tidak akan terjadi.
Keputusan SPM telah pun keluar,Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang.Berbekalkan keputusan SPM,aku akan melangkah ke California untuk meyambung pelajaran aku disana.Mama Ira pula akan tinggal dirumah atok di Seremban.Permindahan mama ke Seremban akan memudahkan mama untuk melawat pusara Pak Cik Azhar.

   "Pak cik Iz akan tunaikan permintaan pak cik.Iz akan hormat orang tua Iz dan akan mendengar segala arahannya.Lusa Iz akan berangkat ke California dan menetap disana.Doakan yang terbaik untuk Iz ,pak cik.Faiz rindu sangat pada pak cik.Iz menyesal dengan perbuatan Iz."




   







 


Pengorbanan Seorang Guru~Terima Kasih


Setelah dimarah dan dipukul oleh abang,Aqid terus pergi ke bandar Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.Ini kali pertama abang memukul dia.Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul oleh abang.Aqid Amsyar adalah seorang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah di Seremban.Aqid atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah mengubah identiti dirinya sejak berumur 12 tahun.Aqid merupakan anak bongsu dari 2 adik-beradik.Nama Siti Zuraidah Zainal telah ditukar sendiri menjadi Aqid Amsyar Zainal.Nama,diri dan percakapannya juga ditukar seperti seorang lelaki.

   "Zuraidah telah merokok didalam tandas sekolah pada waktu rehat tadi!!" kata-kata Cikgu Bob iaitu GPK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abang.

Kata-kata itu juga yang menyebabkan dia memukul adiknya sendiri menggunakan getah paip.Hal itu telah menyebabkan Aqid tidak pulang ke rumah sehingga larut malam.Jauh disudut hati abang,dia kesian melihat tangan dan kaki Aqid berbirat kesan daripada getah paip itu.Tapi abang ingin menjadikan Aqid seorang perempuan yang sempurna.Jadi dia harus mendidik Aqid menggunakan pelbagai cara.

Sejak di pukul oleh abang,perangai Aqid menjadi semakin teruk.Daripada menghisap rokok,Aqid mula belajar menghisap shisha.Hampir setiap malam Aqid akan pergi ke Dataran Senawang untuk berkumpul dengan kawan-kawan sambil mengisap shisha.Aqid juga menjalinkan hubungan songsang bersama salah seorang rakannya.Dikelas,Aqid seorang pelajar yang sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberi.Aqid juga merupakan pelajar harapan guru-guru disekolah itu.Tetapi perangai Aqid yang sering merokok dikawasan sekolah telah memburukkan reputasi dirinya sendiri.

Suatu hari setelah pulang dari sekolah,Aqid sekali lagi dipukul pleh abang.Kali ini merupakan kali kedua abang memukulnya pada bulan itu.Kemarahan abang terhadap Aqid makin hari semakin dingin sehingga abang sanggup menyepak Aqid.

   "Apa salah Qid pada abang sehingga abang pukul Qid macam ni?" Tanya Aqid pada dirinya sendiri.

   "Abang tak mahu kamu bergaul dengan budak-budak jahanam itu lagi!!"marah abang kepada Aqid.Aqid menjadi hairan,mengapa abang melarang dia berkawan?Sedangkan sebelum ini mama dan papa tak pernah melarang dia berkawan dengan siapa sahaja.Dia bebas hidup bersama mama dan papa.Aqid mula merasakan dia dikongkong oleh abangnya.

   "Syam...malam tadi sekali lagi saya nampak Zura dekat Senawang!!Masih belum terlambat Syam untuk kamu bentuk adik kamu tu.Kamu kena ingat Syam dia tu perempuan.Apa-apa jadi pada papa kamu,kamulah satu-satunya wali dia nanti.Ingat itu Syam...Dia tanggungjawab kamu!!" panas hati Aqid membaca mesej dari Arif.
Arif merupakan bekas senior abang masa di universiti dulu.Hubungan mereka sangat rapat.Arif juga merupakan kaunselor disekolah Aqid.Kini baru Aqid tahu kenapa abang sering marah pada dia ketika pulang dari sekolah.Cikgu Arif yang melaporkan hal-hal disekolah kepada abang rupanya.Hati Aqid semakin panas memikirkan Cikgu Arif.


   "Kalau aku bunuh cikgu ni....Aman hidup aku," kata Aqid pada dirinya sendiri.Marah sungguh Aqid pada cikgu itu.

Hari ini merupakan hari pertama Aqid pergi ke sekolah setelah dia membaca mesej yang dihantar oleh Cikgu Arif kepada abang.Sebelum ini hubungan Aqid dengan Cikgu Arif sangat rapat.Jika ada waktu lapang Aqid akan pergi ke bilik Cikgu Arif untuk bertanya tentang pelajaran.Aqid tidak menyangka Cikgu Arif sanggup melaporkan hal dirinya kepada abang.Mulai hari itu Aqid terlalu membenci cikgu itu.Kesalahan maksimum yang sering dilakukan oleh Aqid di sekolah hanyalah merokok.Tetapi sejak dia membenci Cikgu Arif,dia mula memancitkan tayar kerata Cikgu Arif.Tidak cukup dengan tayar,kereta Cikgu Arif dicalarkan pula.Aqid melakukan itu semua untuk membalas apa yang dilakukan oleh Cikgu Arif terhadap dirinya.Dia sangat membenci cikgu itu!

Satu hari,Aqid merayau-rayau dikawasan Seremban dan dia ternampak sebuah kereta yang sangat dia kenal terbabas di tepi jalan.Aqid cuba menghampiri kerta itu.Sah!! itu kereta yang dicalarkannya kemarin.

   "Apa orang tua ni buat dekat sini?" hati Aqid berbisik sendiri.

Tergamam Aqid melihat Cikgu Arif didalam kereta itu.Wajah Cikgu Arif pucat sangat.Tangan Cikgu Arif erat memengang dadanya sendiri.Nafasnya berombak!Cikgu Arif seolah-olah susah untuk bernafas.Aqid mula cemas melihat Cikgu Arif dalam keadaan begitu.

    "Cikgu kenapa ni??Cikgu sakit ke? Cikgu sakit apa? " tanya Aqid bertalu-talu.Tapi satu soalan pun tidak dijawab oleh Cikgu Arif.

Aqid bertanya lagi, " Cikgu kenapa ni? Cikgu sakit ke? Ubat ke apa-apa sahaja tak ada ke? "

Cikgu Arif menunjukkan begnya.Aqid faham,mungkin Cikgu Arif meminta dia mengambil ubat .Tapi sayang,ubat Cikgu Arif sudah habis ketika itu.Hanya botol kosong yang tersimpan didalam beg itu.Aqid cuba menghubungi abang,tetapi abang mematikan telefonnya.Aqid membuat keputusan untuk membawa sendiri Cikgu Arif ke hospital ketika itu.

   "Ayah cik terkena serangan jantung.Mujur cik pantas membawanya ke hospital.Keadaan Encik Arif stabil,saya rasa lebih elok cik membiarkan dia berehat dulu." Kata doktor Lau yang merawat Cikgu Arif ketika itu.Aqid tersenyum sendiri mendengar doktor itu menyatakan Cikgu Arif adalah ayahnya.

Lebih kurang dalam 30 minit Aqid duduk di luar wad,dia akhirnya masuk ke dalam untuk memulangkan kunci kereta Cikgu Arif.Langkah Aqid terhenti apabila melihat Isteri dan anak Cikgu Arif disitu.Aqid berniat untuk keluar dari wad itu,belum sempat dia melangkah Cikgu Arif memanggil namanya.Kali ini Aqid akur dengan Cikgu Arif,dia pergi ke katil Cikgu Arif.

   "Terima kasih Zura,kalau kamu tak ada tadi rasanya saya sudah mengadap illahi sekarang!" kata Cikgu Arif saat aku berada di sebelahnya.

Aqid hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.Disudut hatinya dia masih membenci cikgu itu.Tetapi dia sendiri tak tahu kenapa dia membantu Cikgu Arif tadi.Bukankah aku ingin cikgu ni mati??kata Aqid pada dirinya.Kenapa aku mesti tolong dia tadi???Aqid terdiam...

   "Zura awak dengar tak saya tanya ni? "lamunan Aqid terhenti.

   "Cikgu tanya apa?"soal Aqid semula tanpa menjawab soalan Cikgu Arif.

   "Boleh tak saya ambil awak jadi anak angkat saya?" ulang Cikgu Arif sekali lagi.

Aqid hairan."Anak angkat? Kenapa cikgu ni? Dah ada anak,lagi mahu ambil anak angkat ke?"Bisik Aqid sendiri.

   "Kenapa pula nak saya jadi anak angkat cikgu?Saya dah buat macam-macam pada kereta cikgu...cikgu masih mahu menjaga saya??"tanya Aqid pada Cikgu Arif.

Cikgu Arif hanya tersenyum sambil berkata

   "tapi jasa kamu sebentar tadi telah membuatkan saya rasa sayang pada kamu seperti anak saya sendiri."

Soalan Cikgu Arif masih tidak dijawab.Cikgu Arif telah pun berjumpa dengan papa,mama dan abang.Mereka bertiga setuju jika Aqid tinggal dengan keluarga Cikgu Arif dengan harapan Cikgu Arif dapat membimbing Aqid.Bagi Aqid pula,dia tidak kisah dimana sekali pun dia tinggal,kerana bagi dia dirinya tetap sama walau berada dimana sahaja.

Sudah sebulan Aqid tinggal bersama Cikgu Arif,segala suruhan cikgu Aqid lakukan.Masa solat dan belajar sering dilakukan bersama Cikgu Arif.Aqid seorang yang liat untuk melakukan solat akhirnya akur dengan perintah Cikgu Arif yang tidak pernah jemu menyuruh Aqid menunaikan solat.Aqid berasa seperti tinggal dengan mama dan papa dia kerana ketika dengan mama dan papa dia sering solat berjemaah begini.Tetapi ada satu kelainan! Dengan Cikgu Arif,Aqid tidak boleh keluar malam seperti dulu,dia tidak dapat lagi melepak sambil menghisap shisha.

Cikgu Arif tersenyum sendiri melihat Aqid gembira bermain dengan anak lelakinya yang berusia 3 tahun itu.

   "Alhamdulillah,dia tak lagi merokok di sekolah dan tidak keluar malam lagi.Moga Kau bantu aku Ya Allah untuk mengubah personaliti dia pula," hati Cikgu Arif berbisik sendiri.

Cikgu Arif menyangka Aqid sudah tidak merokok tetapi hakikatnya Aqid masih lagi merokok!
Kuasa Allah tidak siapa yang tahu,suatu pagi ketika Cikgu Arif ingin mengejut Aqid bangun dari tidur,dia ternampak satu kotak rokok dan pemetik api dibawah bantal Aqid.Termenung Cikgu Arif ketika itu.Apa yang membuatkan Cikgu Arif lebih kecewa apabila dia ternampak satu botol air minuman 'coke' dan sepapan ubat tidur ditepi Aqid.Cikgu Arif terus keluar daripada bilik itu.Tiada kata untuk diucap ketika itu. Airmata Cikgu Arif mengalir deras ketika itu.

   "Aku gagal Ya Allah,aku gagal!!Aku gagal mendidik dia dan menjaga dia,aku telah mungkir janji pada keluarganya!!Ampunkan aku Ya Allah ," bisik hati kecil Cikgu Arif ketika itu.Cikgu Arif terlalu rasa bersalah pada dirinya sendiri.

Mula dari hari itu Cikgu Arif mula bersikap tegas apabila berhadapan dengan Aqid.Cikgu Arif berharap dia dapat mendidik Aqid dengan sepenuhnya.Aqid mula menjadi berang apabila Cikgu Arif mula berubah sikap.Dia memberanikan diri bertanya,

    "kenapa ni walit? 4 bulan lepas walit tak layan Qid macam ni....Selalunya Qid nak keluar pergi kedai walit kasi...tapi...kenapa sekarang ni tak kasi pula?? "

Lama Aqid bertentang mata dengan Cikgu Arif.
   "Memang sebelum ini walit tak layan kamu macam ni,tapi perangai kamu sendiri yang membuatkan walit berubah macam ni!!!" tengking Cikgu Arif.Aqid terdiam lama.

   " Apa Qid dah buat? " tanya Aqid lagi.

Cikgu Arif semakin marah apabila Aqid menyoal dia pula.
Dia terus menarik tangan Aqid masuk ke bilik dan menyuruh Aqid membuka almarinya itu.Pada awalnya Aqid enggan membuka almari itu,setelah dipaksa baru Aqid bukak.Rokok,pemetik api,lima botol air 'coke',dua papan 'panadol' dan sepapan ubat tidur bersusun didalam almari itu.

   "Sekarang cakap kat walit siapa punya semua ni!!Siapa punya??Macam ni kamu nak walit layan kamu dengan baik?Macam ni?Kamu buat walit kecewa dengan kamu,lepas tu kamu nak walit layan kamu dengan baik!!!Ha?Kamu ingat walit ni apa?Baruah kamu??nak dengar saja cakap kamu........" sekali lagi Aqid di tengking.
Aqid cuba untuk menerangkan semuanya tapi Cikgu Arif terus menengking Aqid.Aqid lihat sebutir permata jatuh dari kelopak mata Cikgu Arif.Aqid berasa berdosa pada Cikgu Arif.

Beberapa minggu sahaja lagi Aqid akan menduduki peperiksaan SPM.Keputusan peperiksaan percubaan Aqid yang dulu sangat membanggakan.Aqid lulus dengan cemerlang ketika itu.Ketika itu hubungan Aqid dengan Cikgu Arif sangat rapat.Setiap hari Cikgu Arif akan pastikan Aqid belajar didepan matanya untuk persiapan peperiksaan percubaannya.Selepas solat berjemaah bersama Cikgu Arif dan isterinya,Cikgu Arif pasti akan mendoakan tentang diri Aqid,terutamanya tentang persediaan Aqid yang ingin menduduki peperiksaan.
Tapi menjelang peperiksaan sebenar,hubungan Aqid dan Cikgu Arif menjadi renggang.Ianya berpunca dari sikap Aqid sendiri.Aqid sedar ini semua salah dia sendiri.Dia mula menjadi takut untuk berhadapan dengan Cikgu Arif.

    "Cikgu Arif bukan lagi walit yang aku kenal masa mula-mula aku jejakkan kaki dirumah ini dulu,dia telah berubah!!Kini ummi yang banyak bantu aku untuk membuat persiapan menghadapi SPM nanti.Walit langsung tidak bertanya tentang persiapan aku.Aku rindu walit......Rindu untuk mendengar dia mengajar aku,rindu untuk duduk semeja dan menceritakan segala masalah aku....walit tidak lagi mengambil peduli tentang aku..Aku inginkan walit yang dulu,yang sering mengambil berat tentang aku ."Luah Aqid didalam blog laman sesawangnya.Sejak di tengking oleh Cikgu Arif,Aqid mula belajar untuk berhenti merokok.Dia tahu Cikgu Arif kecewa dengan dirinya.

   "Hari ini kamu balik ummi yang jemput," Cikgu Arif memberitahu Aqid ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi itu.Aqid hanya berdiam.

Setelah beberapa minit Aqid bertanya sesuatu pada Cikgu Arif,
   "kanapa walit tak jemput Qid??selalu lepas balik mesyuarat walit terus saja ambil Qid......"

Sunyi dalam kereta itu sehinggalah sampai di sekolah.Soalan Aqid tadi masih tidak dijawab oleh Cikgu Arif.Setelah bersalam dengan Cikgu Arif sebelum keluar dari kereta Cikgu Arif berkata,

    "lepas ini ummi yang akan uruskan kamu,pergi dan balik sekolah ummi yang uruskan,bukan walit lagi,"

Bermacam-macam soalan yang bermain didalam fikiran Aqid ketika dia mendengar kata-kata Cikgu Arif tadi.Aqid menjadi semakin hairan dengan keadaan pagi itu.Tapi dia cuba untuk melupakan segala-galanya kerana dia harus menumpukan perhatian sepenuhnya didalam kelas.SPM akan menjelma seminggu sahaja lagi.Dia harus fokus kerana dia tahu Cikgu Arif hanya akan memaafkannya jika dia membawa keputusan yang cemerlang nanti.

Selepas rehat Aqid terdengar suara seseorang memanggil namanya.

   "Qid,Cikgu Arif kemalangan!" bertabur buku yang dipengang Aqid ketika itu.
Berita yang disampaikan oleh kawannya itu betul-betul membuatkan dia mengalirkan air mata.Serta merta wajah Cikgu Arif bermain dimata Aqid saat itu.

   "Cikgu Arif dah tak ada Qid..Dia dah meninggal...Dia!!Cikgu Arif,walit kau dah meninggal Qid..Kau sabar ye Qid" Hanya tuhan sahaja tahu perasaan Aqid ketika dia mendengar berita itu.
Terduduk dia menangis mendengar berita itu,berita Cikgu Arif telah meninggal dunia.Orang yang menghantar dia ke sekolah pagi itu meninggal dunia pada waktu tengaharinya pula.

"Zura,walit ada terbaca blog kamu hari tu.Walit bukan tidak mahu pedulikan kamu lagi.Walit cuma tidak berdaya untuk berhadapan dengan kamu sejak walit jumpe ubat tidur didalam bilik kamu tu dulu.Walit rasa bersalah sangat pada diri walit sendiri sebab tak dapat mendidik kamu dengan betul.Maafkan walit Zura.Untuk pengetahuan kamu walit sering bertanya pada ummi tentang pelajaran kamu.Walit masih mengambil berat tentang kamu!!!Walit tahu kamu kecewa sebab walit tak bersama-sama ummi bantu kamu membuat persiapan menjelang SPM ni.Tapi percayalah Zura,doa walit sentiasa ada untuk kamu menghadapi SPM ni.Maafkan walit atas segala-galanya.Pesan walit buat kamu,kamu harus menjadi anak yang taat pada ibubapa dan seorang adik yang mendengar kata.Yang paling penting walit ingin kamu menjadi seorang perempuan yang sempurna yang tidak alpa untuk menunaikan solat dan seorang pelajar yang berjaya.Sekian dari walit."

Air mata Aqid laju mengalir takkala membaca cebisan kertas yang ditinggalkan Cikgu Arif untuk dirinya.Cebisan kertas itu di genggam erat,kini baru di terasa yang dirinya disayangi dan baru dia tahu yang dia amat menyanyangi Cikgu Arif.

Enam bulan selepas Cikgu Arif meninggal keputusan SPM pun diumumkan.Aqid Amsyar atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah diumumkan sebagai pelajar cemelang SPM 2009.Berkat doa keluarga dan juga doa Cikgu Arif,Aqid berjaya dengan cemerlang.Aqid kini tidak lagi merokok,tidak lagi mengambil ubat tidur dan tidak lagi meminum air 'coke' bersama panadol yang hanya akan menghayalkan dirinya.Perubahan yang paling ketara adalah Qid tidak lagi menjalinkan hubungan songsong bersama rakannya.Mama,papa dan abang sangat berterima kasih kepada Arwah Cikgu Arif kerana berjaya menghalang Aqid daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok.Dan bagi diri Aqid sendiri dia sangat bersyukur dapat hidup dalam keluarga Cikgu Arif kerana tanpa Cikgu Arif mungkin dia tak akan berjaya dengan cemerlang.
Cukup besar pengorbanan Cikgu Arif buat dirinya.

   "Terima kasih walit.Walaupun Qid buat macam-macam pada walit,tapi walit masih menjaga Qid dengan elok dan sentiasa mendoakan Qid.Moga walit tenang disisi-Nya."